Klik untuk penerangan mengenai logo









Secara keseluruhan logo ini berbentuk sebola mata. Persilangan dua garisan yang membelah mata tersebut memfokuskan persatuan mempunyai matlamat untuk memajukan dirinya bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Logo ini mempunyai 2 komponen penting iaitu:
1. Sekeping cakera
2. Bulatan biru


Definisi Bentuk
S
egi empat di penjuru atas dan bawah logo melambangkan mahasiswa lama dan baru, yang mana kedua-duanya bukan setakat menjalinkan hubungan silaturrahim malah saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kekuatan ini digambarkan dengan ikatan suku bulatan yang terletak di satu lagi pepenjuru logo dan bulatan di tengah-tengah logo tersebut. Bulatan yang membelakangi logo tersebut adalah melambangkan bumi. ini menunjukan segala gerak kerja persatuan bersifat universal dan mengikut fitrah manusia itu sendiri

Definisi Warna
Warna Merah Pulasan - menggambarkan semangat kebranian dan kecekalan dalam memperjuangkan kesepaduan, kepentingan diri, persatuan, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Warna Kelabu - mengambarkan kecerdasan dan daya kreativiti yang tinggi adalah menjadi teras kepada segala aktiviti yang dijalankan.

Warna Biru - menggambarkan segala perancangan aktiviti persatuan adalah ke arah perpaduan dan segala gerak kerja yang dijalankan dalam suasana muhibbah dan harmoni di samping menuju ke arah matlamat persatuan.

  © 1999, Mohd Hanif Ibrahim