Klik untuk penerangan mengenai logo









Persatuan Sains Komputer ataupun dikenali dengan singkatan PERSAKA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 13 ogos 1984 di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Ianya merupakan sebuah persatuan akademik yang mana keahliannya wajib pada semua pelajar Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM). Pucuk kepimpinan pertama bagi persatuan ini telah diterajui oleh saudara Muhammad Shafei b. Abdul Latif.

Melahirkan insan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan teknologi khasnya teknologi komputer di samping menangani perubahan semasa untuk berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa, dan negara
 
"Ke arah melahirkan insan yang kreatif dan dedikasi"
 
Untuk menjaga kebajikan ahli khususnya dari segi akademik supaya dapat melahirkan insan yang menghargai diri sendiri dan pengetahuan yang telah ada untuk berbakti kepada masyarakat , agama, bangsa dan negara manya.
 
Menjadi saluran maklumat kepada ahli-ahli mengenai perkembangan teknologi komputer seterusnya memperlengkapkan ahli dalam bidang komputer untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Mengukuh perhubungan di antara ahli-ahli persaka supaya persaka mempunyai asas yang kuat.

 

  © 1999, Mohd Hanif Ibrahim